Friday, January 13, 2012

Keluarga yang rukun

Bismillah...

Akhirnya saya membuat keputusan untuk kembali menulis setelah sekian lama..

Terima kasih yang tak terhingga buat rakan2 blog saya yang sentiasa menjadi inspirasi untuk saya mendapat kembali kekuatan ini.

Buat sahabat2 di bumi johor, moga blog ini dapat menghubungkan kembali cerita2 kita yang terputus.

Kembali kepada tajuk post yang ingin saya kupaskan serba sedikit..

Keluarga, juga lebih sinonim sebagai usrah di kalangan saya n sahabat2..sesuatu yang cukup indah apabila semuanya dikongsikan bersama. Teringat zaman universiti. Usrahlah tempat berkongsi suka dan duka. Usrah jugalah yang menghubungkan hati2 kami..Namun, sebaliknyalah yang akan berlaku apabila masing2 bersikap 'nafsi2'!

Entah berapa banyak usrah yang telah kita lalui. Daripada usrah asas, hinggalah kita sendiri menjadi naqib/ah nya. Pelbagai cara dilakukan bagi memastikan usrah yang kita kepalai benar2 hidup. Naqib/ah sibuk mengatur rencana untuk anak2 usrah supaya cemerlang itu bukan hanya di dunia, malah akhirat yang semestinya.

Malangnya, apa yang menghairankan ialah, banyak yang terjadi ialah, apabila sudah memiliki usrah yang sebenar2nya, usrah yang nantinya akan dipertanggungjawabkan (tanggung di dunia, jawab di akhirat), usrah itu seakan diabaikan. Bagai tiada makna! Mengapa? Mungkin kita perlu muhasabah bersama.. Anak2 usrah dibiar terkontang-kanting mebawa hala tuju masing2. Entah siapa yang akan peduli.

Masalah besar yang dihitung2, direnung2..

Mungkinkah kerana dahulunya, ada yang memandang dan memantau, naqib/ah mana yang lebih cemerlang pengurusannya? Usrah sebenar tiada siapa yang memandang, tiada siapa yang bakal menjulang?? Aduh, berat benar virus tidak ikhlas ini!

Maka, saya tercari2 makna sebuah keluarga yang rukun..

Syarat dan indikatornya (Ust. Pahrol), "Hablun minallah, wa hablun minannaas!".-Hubungan yg baik dgn Allah dan hbgn yg baik dgn manusia.

Bagaimana?

Senang sahaja utk mengukurnya. Hubungan dgn Allah, lihatlah bagaimana solat fardhu. Yg lelaki, solat di masjid scr brjemaah ataupun tdk. Yg perempuan pula, solat diawal wktu ataupun tdk?

Kemudian hbgn dgn manusia. Sesama ibu ayah, anak beranak, adik beradik, dan jiran tetangga. Insh Allah jika kedua syarat ini ditepati maka kita tahulah bhw keluarga trsbut adalah keluarga yg rukun.

Soalnya, adakah kita tergolong?

No comments:

Post a Comment